2 Comments

Tunggang Uji Honda Future 125 & Solo Ride

Bismillahirahmanirahim…

1 September 2014 yang lalu punya cerita. Saya berkesempatan ‘menunggang uji’ Honda Future milik Ustaz Matsetia Ag. Jumat. Terima kasih Ustaz Mat atas kesudian meminjamkan motornya kepada saya. Sebenarnya, saya terpaksa mengikuti kursus DSKP KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 5 di SMK Beluran II, Beluran. Kursus tersebut telah dijalankan pada 2-3 September 2014.

‘Tunggang uji’ ini saya gunakan sebaik mungkin untuk menguji ketahanan, keselesaan Honda Future 125cc ini. Selain itu untuk mengenalpasti tahap penggunaan bahan api yang diuar-uarkan amat menjimatkan.

Honda Future 125

Honda Future 125

::: Keselesaan :::

Perjalanan ke SMK Beluran II yang berjarak lebih kurang 210km amat memenatkan. Jalan yang kurang sempurna, kenderaan berat yang banyak merupakan penyebab utama kepenatan ini. Namun, Honda Future mampu memberikan keselesaan semasa menunggang kerana pelana yang digunakan cukup sesuai untuk perjalanan jauh. Luas dan lembut. Posisi menunggangnya juga sesuai untuk semua jenis penunggang. Dibantu dengan kelancaran gear yang superb. Tahniah Honda Future.

Jalan berbatu sejauh 5km

Jalan berbatu sejauh 5km

::: Ketahanan :::

Tak boleh dinafikan. Walaupun kecil tapi lasak seperti Yamaha 135LC. Saya menunggang selama 3 jam tanpa henti dan ketahanan Honda Future mengagumkan. Saya pun bawak dalam 80-90km/j sahaja. Kondisi jalan menyukarkan untuk saya pulas pendikit ke tahap maksimum.

::: Bahan Api :::

Bab ni yang paling seronok! Menjimatkan. Bayangkan 210km hanya dengan setangki penuh (5.6 liter). Itupun masih berbaki. Yang paling mengujakan mengenai penunjuk bahan api. Bayangkan jarum sudah menunjukkan tahap E (empty) tapi saya cuba teruskan tanpa mengisi petrol. Tujuannya untuk mengetahui sejauh manakah Future ni mampu pergi. Lagipun minyak tambahan saya dah sediakan di tempat menyimpan barang (ruang kebuk keselamatan U-box) yang cukup luas di bawah pelana. Hasilnya, 60km boleh pergi lagi walaupun jarum penunjuk bahan api sudah melepasi ‘E’.

::: Pengendalian :::

Jalan Paitan – Pekan Beluran memang mencabar. Bukit Ular menyajikan selekoh-selekoh yang best. Teringin saya untuk meratah selekoh Bukit Ular dengan XJ6N. Boleh dikatakan seperti jalan Cameron Highlands. Honda Future bertindak cemerlang semasa meratah selekoh-selekoh. Memang terbaik dalam kelasnya. Cuma saya kurang keberanian untuk miring lebih rendah. Al-maklumlah safety gear tak pakai. Tambahan, tayar belakang hari tu agak botak. Bahaya woo.. Ingat orang yang disayangi.

Kesimpulannya, Honda Future memang efektif untuk digunakan sama ada perjalanan dekat, sederhana ataupun jauh. Ada rider Future telah sampai ke negara jiran. Terbukti! Untuk ke pasar pun boleh. Ruang simpan barang (19 liter) bawah pelana cukup untuk isi ikan 3kg, sayur-sayur dan lain-lain. Mantop!

Ranjau ditempuhi jua

Ranjau ditempuhi jua

Pengalaman tak boleh dibeli

Pengalaman tak boleh dibeli

Saya tukang snap gambar orang je

Saya tukang snap gambar orang je

Advertisements

2 comments on “Tunggang Uji Honda Future 125 & Solo Ride

  1. tiada masalah menukar ke gear 2?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: