Leave a comment

Servis Kuda Moto Garage Kuala Terengganu

Bismillahirahmanirahim… 14 September 2014 yang lalu bersempena cuti persekolahan, saya sempat membawa ‘isteri kedua’ ke MotoGarage KualaTerengganu (MGKT) untuk tujuan penukaran minyak hitam. Sebelum tu, kedai MGKT terletak di Wisma Kokitab, Padang Midin, Kuala Terengganu. MGKT juga boleh diakses dengan FB. Apa yang saya suka mengenai MGKT ni adalah kerana khidmat & layanan yang mesra daripada semua staf MGKT terutama Abang Joe ZX10 (Operation Manager). Berbaloi!

Yamaha XJ6N merupakan ‘isteri kedua’ saya. Di MGKT saya diperjodohkan dengan minyak pelincir Liqui Moly buatan Jerman. Sebelum ni saya merupakan pengguna tegar Motul. Tengok testimoni pengguna-pengguna Liqui Moly membuat saya ingin mencuba Liqui Moly.

Ini kali kedua saya servis XJ6 ni. Kali pertama selepas 1000km pertama. Mengenai kos penyelenggaraan; 3 botol Liqui Moly 10W50 yang berharga RM55 seunit, sebijik oil filter berjenama K&N yang berharga RM55 serta upah berharga RM20. Jumlahnya RM240, tapi diberi diskaun RM5. Maka jumlah kerugian sebanyak RM235.

Testimoni saya: Alhamdulillah selepas servis, XJ6 saya menunjukkan sedikit perubahan. Terasa lancar sewaktu shifting gear. Motor pun ada sedikit ringan. Namun dek kerana kekangan masa (cuti sekejap sangat), saya tak mampu nak bawak motor pergi jauh-jauh. Ronda-ronda dalam kampung je.

Ruang legar MGKT yang bersih & kemas

Ruang legar MGKT yang bersih & kemas

 

Liqui Moly, LULUS.

Liqui Moly, LULUS.

 

Diservis kali kedua

Diservis kali kedua

 

Ruang penyelenggaraan MGKT

Ruang penyelenggaraan MGKT

 

'Madu' XJ6 saya. Hehe

‘Madu’ XJ6 saya. Hehe

 

Kos kerugian

Kos kerugian

 

Selesai

Selesai

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: