8 Comments

Kawasaki Ninja ZX-150 KRR

Bismillahirahmanirrahim,

Sudah berdebu blog ini. Entah kenapa tiba-tiba muncul semangat baru untuk menghidupkan kembali blog ini. Kita lupakan fasal emosional ini. Coretan kali ini adalah mengenai pandangan peribadi penulis mengenai sebuah motosikal dua lejang yang menjadi fenomena pada hari ini. Kawasaki Ninja ZX-150 KRR. Ada yang memanggil ‘double R’. Untuk pengetahuan umum, penulis telah memiliki jentera ini pada March 2011.

Penulis membeli secara ansuran. Pada ketika itu, harga jentera ini adalah dalam lingkungan RM10, 400. Jentera penulis adalah Ninja Zx-150 KRR Special Edition (SE) yang didatangkan dengan warna tradisi Ninja, hijau. Terdapat tiga lagi variasi warna untuk pasaran Malaysia iaitu Merah, Hitam dan Biru. Penulis mendapati harganya pada hari ini telah melambung tinggi dek kerana permintaan yang tinggi daripada peminat jentera ini. Berikut adalah pandangan penulis mengenai Kawasaki Ninja ZX-150 KRR ini.

 

 

::: Rupa Paras :::

Lihat jentera ini, terus terbayang Kawasaki Ninja ZX-7R terutama corong udara di tepi lampu utama. Memang sesuai digelar Ninja kerana mewarisi ‘rupa paras’ abangnya, ZX-7R.

 

 

::: Panel Meter :::

Mampu dilihat jelas walaupun di bawah sinaran matahari. Lengkap dan padat. Namun kekurangan pada meter paras minyak kerana tidak begitu berfungsi dengan efisyen. Bagi mereka yang baru menggunakan jentera ini, sudah tentu menemui kesukaran ini. Meter paras minyak disertakan dengan meter temperature (2 in 1). Jika ingin melihat paras minyak, perlu menekan satu punat khas di bahagian kiri handle bar. Awas, paras minyak yang dipaparkan tidak actual. Kemahiran mengagak lebih diperlukan.

 

::: Handle Bar & Steering :::

Kedudukan hendal yang baik. Selesa untuk mengambil selekoh dalam dengan baik. Namun penulis cepat merasa sengal-sengal di pegelangan tangan selepas meratah selekoh Baling – Jeli. Mungkin kerana berat badan yang dipindah ke hadapan sedikit apabila ingin memasuki selekoh-selekoh di sepanjang jalan.

 

 

::: Kedudukan Tangki Bahan Api :::

Amat memuaskan hati penulis. Tidak seperti Yamaha TZM 150 yang begitu tinggi & sedikit menyukarkan. Penulis selesa mengepit tangki ini sepanjang memecut di atas lebuh raya.

 

::: Pelana :::

Sedikit keras. Penulis merasa sedikit kebas semasa menunggangnya untuk tempoh yang agak lama. Tidak seperti Yamaha 135LC yang digunakan penulis sebelum ini. Bagi posisi pembonceng, tidak begitu selesa untuk perjalanan jauh. Tinggi dan jika tidak merapatkan badan ke badan penunggang, maka visor helmet terasa seperti ditampat angin yang kuat. Untuk perjalanan singkat, mungkin efektif.

 

 

::: Penggunaan Minyak:::

Petrol – Penulis tidak mampu membeza banding dengan jentera dua lejang lain. Penulis pernah mengisi penuh (11.5 liter) dan mampu mencecah jarak 220km dengan kelajuan sederhana (100-120km/h). Petrol reserve pula 2 liter. Perjalanan dari Terengganu ke Perlis (550km) biasanya diisi dengan petrol bernilai RM47. Not bad.

Minyak 2T – Penulis sentiasa guna Maxoil TCW3 berharga RM28 seliter. Memang menjimatkan. Pernah penulis mengisi penuh minyak 2T dan menempuh perjalanan Perlis – Rawang – Sepang – Terengganu (1,300km) dan masih terdapat separuh lagi minyak 2T di dalam tangki.

Minyak 4T – Penulis guna Motul Transoil Expert. Minyak 4T khusus untuk mesin dua lejang. Setakat ini, memuaskan hati. Lancar dan smooth. RM50 untuk satu liter.

 

::: Prestasi :::

Penulis pernah memerah pendikit semaksimum mungkin dan panel meter kelajuan menunjukkan jarum berada pada paras 200km/h. Namun ada mengatakan speedometer jentera ini sedikit ringan. Mungkin ada benarnya. Namun untuk penggunaan penulis, sudah memadai dengan kelajuan tersebut. Lagipun sesuai dengan displacement jentera tersebut. Jika mampu mencecah 260km/h, maka pening kepala engineer superbike. Hehe. Penulis menyukai kelajuan pada 120-140km/h. Santai ride..

 

::: Tayar :::

Tak sempat menguji dengan tayar asal (IRC) kerana penulis tidak gemar dengan tayar “tube-type”. Penulis menggunakan Duro 100/80-17 untuk tayar hadapan dan Bridgestone Battlax BT090 120/60-17 untuk belakang.

p/s: Pandangan peribadi. Maaf jika ada menguris perasaan individu ataupun kelompok tertentu

Advertisements

8 comments on “Kawasaki Ninja ZX-150 KRR

  1. Bro area mane?sy baru nak angkat motor ni tahun depan..ni sy pnye emel..kt fb..
    akemshr@yahoo.com

  2. bro bila krr 2012 smpai di malaysia.,.,.,

  3. Mcmna bro jga mtr ni? Stakat ni ad rsa xpuas hti atau rsa nk pki mtr lain sbb hujung bulan ni nk angkat…slalu travel dt ampang ke subang sbb kerja sna….dlm otak masih fikir smaada double rr, vespa baru, ataupun yamaha lc….kdg2 perlukan kelajuan sbb slalu prgi kerja lewat bgn….mcmana bro jga mtr ni drpd dicuri? brape byk lock nk kna pakai? anu suggestion klu pki alarm kt mtr ni?

  4. salam bro..bro byr downpayment brpa dan loan brpa thun…klau dp dlm 4500-5000 bleh tak buat loan selama 2 thun

  5. aslmualaikum…RR ni klo nk jln jauh perlu ke bancuh myk 2T dlm tangki?

  6. Saya mintak maaf byk kpd saudara2 yg bertanya di atas sbb sy baru saja login. Maaf sgt2. Khilaf dr saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: