Leave a comment

Belia, Kemanakah Langkahmu?

Alhamdulillah hari ni genap la 3 hari umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.. Rasenya belum terlambat hamba nk ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Sepanjang 3 hari berpuasa nie, hamba dapat menyaksikan pelbagai ragam umat manusia (Islam khususnya) menyambut Ramadhan.. 3 hari yg penuh bermakna untuk mentafsirkan segala permasalahan terutamanya yg melibatkan masalah hati.

Ramadhan tahun nie hamba menyempurnakan terawih di Surau Taman Dato’ Jaafar kerana hamba telah berpindah ke rumah sewa. Kalau sebelum ni hamba selalu mengunjungi Surau Nurul Iman, IPG Kampus Perlis. Surau Taman Dato’ Jaafar nie beberapa meter je dari rumah hamba..

Apa yg hamba ingin tekankan di sini, kenapa surau/masjid hanya dikunjungi oleh masyarakat yg telah lanjut usianya? Di manakah para belia ‘menjalankan’ solat fardhu & solat sunat terawih? Barang kali mereka berjemaah di rumah (hati hamba cuba ber-husnuzan)

Sepanjang 3 hari di surau ni, hamba dapat perhatikan yg 80% daripada jemaah ialah warga emas. 10% masing-masing untuk kanak-kanak dan belia. Kenapa hanya 10%? Sedangkan jika diperhatikan pada siang hari, begitu ramai belia yg mendiami kawasan perumahan ini..Sehingga sukar untuk mengamati wajah mereka dek kerana terlalu ramai.. Tapi ke manakah mereka apabila siang melabuhkan tirai?

Hamba percaya masalah ini dihadapi di semua kawasan di Malaysia nie.. Terlalu sukar untuk dibandingkan dengan jumlah mereka yg ke surau/masjid untuk berjemaah dengan jumlah mereka yg mengunjungi bazar-bazar dan konsert-konsert hiburan.. Lihat saja biler ade konsert.. Mereka sanggup berhujan, berhimpit-himpit, bersesak-sesak, bepeluh-peluh.. Sedangkan di surau/masjid itu lebih menyenangkan.. Ada bumbung (tak kena hujan @ sinaran matahari), ada kipas/pendingin hawa, karpet/sejadah lembut.. Tapi mereka masih menidakkan keselesaan yg dilimpahkan Allah swt itu..

Inilah akibat terlalu mengagung-agungkan dunia sehingga kecintaan kpd akhirat yg kekal abadi semakin diabaikan.. Hedonisme!!

Kembalilah kepada jalan yg benar, yg diredhai Allah swt..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: